mcmc
Laporan Aktiviti

IHYA RAMADHAN: JOM NGAJI @NADI

NADI Seluruh Malaysia | 28 Februari 2026 – Program Ramadan @ NADI MCMC menerusi sesi Jom Mengaji dan Kelas Tajwid bersama Ustaz Azam Din telah dilaksanakan secara dalam talian dengan penglibatan NADI di seluruh Malaysia.

Kelas Tajwid, inisiatif Ramadan @ NADI yang bermula pada hari ini, telah disertai seramai hampir 4,000 peserta daripada 1,098 NADI di seluruh negara, melibatkan penyertaan aktif pelbagai peringkat umur.

Inisiatif ini menerima sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat yang memanfaatkan peluang untuk memperkemas bacaan serta memperkukuh penguasaan hukum tajwid secara lebih sistematik dan berfokus.

Penganjuran program ini menzahirkan komitmen berterusan NADI MCMC dalam menyediakan platform pembelajaran yang inklusif dan holistik, bukan sahaja dalam aspek digital dan peningkatan kemahiran, malah turut merangkumi pembangunan sahsiah serta pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan.

#RamadanAtNADI#NADIMCMC#PerkhidmatanPintarNADI