PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA JENGKA 25 merupakan pusat internet Fasa Felda yang beroperasi pada 02 MEI 2010. Pusat Internet Jengka 25 dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Salmah selaku Exco IT dan Telekomunikasi negeri Pahang pada ketika itu. Pembinaan Bangunan Pusat Internet ini adalah di tapak bangunan JKKR bersebelahan dengan bangunan Balairaya Felda Jengka 25 . Setelah hampir 7 tahun beroperasi Pusat Internet 1 Malaysia Jengka 25 berjaya mendaftarkan seramai 704 orang ahli secara berbayar dan 450 orang ahli yang terlibat secara tidak langsung melalui program pengagihan netbook pada tahun 2011.